
Facebook Puan Ainon Mohd
"Minda Mangsa"
Seseorang itu mempunyai 'victim mentality' apabila dia percaya dia gagal akibat telah menjadi mangsa kepada perbuatan jahat orang-orang lain terhadap dirinya.
Apabila kita percaya kita adalah mangsa kepada perbuatan-perbuatan jahat orang lain, maka akibatnya:
- Kita percaya orang-orang jahat itu yang mesti memberhentikan kejahatan mereka, barulah nanti kita boleh berjaya.
- Bagi kita, orang-orang jahat itu yang mesti mengubah sikap mereka. Kita sendiri tidak perlu mengubah sikap kita, sebab kita hanyalah mangsa mereka. Hasilnya, kita kekal sebagaimana kita seadanya.
- Minda mangsa menyebabkan kita berasa serba tak berdaya hendak mengeluarkan diri sendiri daripada kegagalan. Kita perlukan orang lain supaya mengeluarkan kita, tetapi orang lain semua busuk hati terhadap kita!
****************************************************************************
Jadi, bagaimanakah caranya untuk saya mengubah minda mangsa ini? Berikut adalah antara langkah-langkah yang boleh diambil bagi mengatasi pemikiran tersebut.
- Terima tanggungjawab - Hakikatnya kita sendiri yang bertanggungjawab terhadap perasaan, pemikiran dan tindakan kita. Kita ada kawalan terhadap ketiga-tiga perkara tersebut. Kesan psikologi terhadap golongan yang tidak mahu menerima tanggungjawab adalah sangat besar. Kesan utama ialah hilang self-esteem sehingga mereka tidak mampu mengenalpasti kemahiran diri, menolak inisiatif diri, malahan kurang rasa hormat terhadap diri sendiri dan rasa kegagalan akan lebih mudah hadir dalam pemikiran golongan ini.
- Ambil pengajaran dan buat perancangan - Eton, kau tak akan membesar, matang dan mekar jika tidak belajar dari kesilapan dan pengalaman. Muhasabah diri dan renungkan semula dari pelbagai sudut atas apa yang telah berlaku. Kemudian kenalpasti, apakah tindakan-tindakan yang perlu ditingkatkan, diperbaiki, dielakkan. Kemudian buat perancangan.
- Jadi proaktif - Ambil tindakan untuk mengubah keadaan sekarang. Walau sekecil mana, walaupun sekadar sekelumit, namun jika ada kesan terhadap tindakan itu, maka lakukannya segera.
No comments:
Post a Comment